Malaysia dan subsidi
February 3, 2012 Leave a comment
Topik yang semua ahli politik takut untuk bangkitkan pada rakyat.
Subsidi dan cukai
Rakyat malaysia tidak kira kaum mahukan kerajaannya memberi kemudahan seperti negara negara maju. Tetapi mereka tidak pernah membandingkan peratusan cukai negara negara maju dan juga sama ada negara maju memberikan subsidi kepada rakyatnya.
Kalau dibandingkan, rata rata rakyat malaysia membayar cukai tidak sampai 20% daripada gaji. Cuba lihat dan kira sendiri peratusan cukai yang dibayar daripada jumlah gaji anda. Selagi kita tidak membayar cukai yang tinggi rasanya kita tak mempunyai hak untuk meminta kemudahan taraf negara maju.
Perihal subsidi pula, subsidi minyak yang kerajaan berikan pada rakyat hanya menguntungkan orang2 yg mempunyai kereta yang berinjin kuasa tinggi.. Jadi kepada siapakah kelebihan subsidi minyak sebenarnya? Berpuluh billion boleh digunakan untuk pembangunan jika kita menghapuskan subsidi. Begitu juga dengan subsidi gula, tepung dan beras.
Mungkin sudah sampai waktunya kerajaan menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi kepada rakyat?